Monday, October 6, 2008

Tanggungjawab Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang
mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah :

Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri
menggauli suaminya dengan baik.

Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah S.A.W
menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus
kerja-kerja di luar rumah.
(AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam
keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya.
Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham
dan benar-benar perihatin.

Pujuk-memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy
berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah,
aku pula menenangkan kamu. Jika tidak, janganlah kita bersama-sama."

Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali
membelakangkan suami, kerana dia ketua rumahtangga. Jika hendak keluar rumah
mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami
tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan
RasulNya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan
menasihatinya supaya tidak berputus asa.

Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang
menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik
dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan
tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih pihak sayang. Batas-batas dan
tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai garis panduan yang bertujuan
mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT.
Rumahtangga akan hancur jika setiap pihak mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan
mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang
merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.


Buat Isteriku....Tercinta

No comments: